Kes saman Linda_Onn

Linda Onn bertegas enggan memohon maaf daripada Fahrin Ahmad berikutan kata dua yang diberikan bekas kekasihnya itu. Kenyataan yang diberikan pada wartawan akhbar Sinar Harian itu adalah perkara yang sebenar. Linda masih bertugas di konti Suria FM dan bersiap sedia dengan peguam Datuk Hazman Ahmad untuk menangkis saman Fahrin. Fahrin memberi kata dua kepada Linda agar membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh seminggu hingga Jumaat , 29 Januari 2010 atas dakwaan Linda yang mengatakan Fahrin seorang yang panas baran dan kaki pukul. Fahrin bimbang dengan tuduhan itu kerana beliau seorang pelakon, pengacara serta duta produk.[1]